Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday 9 January 2017

UPSR 2016, Kertas Bahasa Melayu - Pemahaman

Mulai tahun 2016, Kertas Bahasa Melayu - Pemahaman telah berubah dengan menggunakan format baharu. Perubahan format! ini adalah seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan mulai tahun 20ll.Calon 2016 merupakan kohort pertama yang menduduki peperiksaan UPSR menggunakan format baharu ini.

ULASAN SOALAN 2016
BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan l hingga 16
Terdapat lapan soalan (Soalan l hingga 8) yang memerlukan calon untuk mengisikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat. 
Seterusnya, diikuti oleh soalan berkaitan bahasa istana, satu soalan kata seerti (sinonim), satu soalan kata berlawan (antonim), satu soalan tentangkata banyak makna,satu soalan tentang simpulan bahasa, satu soalan untuk memilih ayat yang sama maksud dan dua soalan tentang memilih ayat yang betul.
Soalan-soalan yangdikemukakan adalah tentang kemahiran sistem bahasa.
Calon perlu memilih hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat untuk diisikan pada tempat kosong yangdiberikan.
Berikut ialah topik Kemahiran Sistem Bahasa bagi Bahagian A pada tahun 2016:

No. Soalan
Sistem Bahasa
l
Penjodoh bilangan
2
Kata majmuk
3
Kata kerja
4
Kata bilangan
5
Kata adjektif
6
Kata ganda
7
Kata keterangan (adverba)
8
Simpulan bahasa
9
Bahasa istana
10
Kata seerti (sinonim)
11
Kata berlawan (antonim)
12
Kata banyak makna
13
Simpulan bahasa
14
Ayat sama maksud
15
Memilih ayat yang betul
' 16
Memilih ayat yang betul

Secara umumnya, soalan-soalan yang dikemukakan adalah mudah dan calon dapat memilih jawapan secara terus. 
Soalan kebanyakannya adalah pada aras pengetahuan dan aplikasi. Selain itu, hanya satu" soalan KBAT dikemukakan.

BAHAGIAN B
(30 markah)
Sebanyak 5 soalan dikemukakan dan setiap soalan pula terdapat subsoalan. Jika dibandingkan dengan set soalan contoh yang dikemukakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan pada awal tahun 2016, memang jelas terdapat kelainan yang ketara.
Berikut ialah topik Kemahiran Sistem Bahasa dan Petikan bagi Bahagian B pada tahun 2016:

No. Soalan
Sistem Bahasa/Petikan
21(a)
(i) dan (ii) [2 markah]
Kata ganda
(Menandakan (/) bagi kata ganda yang betul)
21(b)
(i), (ii), (iii), (iv) [2 markah]
Kata kerja
(Memadankan perkataan yang sesuai berdasarkan ayat yang diberikan)
21(c)
(i) dan (ii) [2 markah]
Kata kerja
(Menggarisi jawapan yang sesuai bagi ayat yang diberikan)
22
[5 markah]
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif
Petikan e-mel
(Memilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan)
23
(a), (b), (c) [6 markah]
Jadual Perjalanan Kereta Api
3 soalan Pemahaman (Menuliskan jawapan yang lengkap)
24
(a), (b), (c) [7 markah]
Petikan Cerita
3 soalan Pemahaman (Menuliskan jawapan yang lengkap) (Menandakan (/) dan (X))
25
(a), (b), (c), (d) [6 markah]
Petikan Iklan Pertandingan Reka Cipta
4 soalan Pemahaman
(Menjawab soalan dengan menggunakan
ayat yang lengkap)

Terdapat beberapa soalan KBAT dikemukakan dalam Bahagian B. 
Bagi soalan berbentuk petikan, soalan KBAT bertanyakan tentang pendapat. 
Di sini, calon perlu memberikan pendapat, pandangan atau idea yang bernas, logik dan bertepatan dengan petikan yang dikemukakan.

No comments:

Post a Comment