Mulai tahun 2016, Kertas Bahasa Melayu
- Pemahaman telah berubah dengan menggunakan format baharu. Perubahan
format! ini adalah seiring dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang telah diperkenalkan mulai tahun 20ll.Calon 2016 merupakan
kohort pertama yang menduduki peperiksaan UPSR menggunakan format baharu ini.
ULASAN SOALAN 2016
BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan l hingga 16
Terdapat lapan soalan (Soalan l hingga 8)
yang memerlukan calon untuk mengisikan tempat kosong dengan jawapan yang paling
tepat.
Seterusnya, diikuti oleh soalan berkaitan bahasa istana, satu soalan kata seerti (sinonim), satu soalan kata berlawan (antonim), satu soalan tentangkata banyak makna,satu soalan tentang simpulan bahasa, satu soalan untuk memilih ayat yang sama maksud dan dua soalan tentang memilih ayat yang betul.

Soalan-soalan yangdikemukakan adalah
tentang kemahiran sistem bahasa.
Calon perlu memilih hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat untuk diisikan pada tempat kosong yangdiberikan.
Calon perlu memilih hanya satu sahaja jawapan yang paling tepat untuk diisikan pada tempat kosong yangdiberikan.
Berikut ialah topik Kemahiran Sistem
Bahasa bagi Bahagian A pada tahun 2016:
No. Soalan
|
Sistem Bahasa
|
l
|
Penjodoh bilangan
|
2
|
Kata majmuk
|
3
|
Kata kerja
|
4
|
Kata bilangan
|
5
|
Kata adjektif
|
6
|
Kata ganda
|
7
|
Kata keterangan (adverba)
|
8
|
Simpulan bahasa
|
9
|
Bahasa istana
|
10
|
Kata seerti (sinonim)
|
11
|
Kata berlawan (antonim)
|
12
|
Kata banyak makna
|
13
|
Simpulan bahasa
|
14
|
Ayat sama maksud
|
15
|
Memilih ayat yang betul
|
' 16
|
Memilih ayat yang betul
|
Secara umumnya, soalan-soalan yang
dikemukakan adalah mudah dan calon dapat memilih jawapan secara terus.
Soalan kebanyakannya adalah pada aras pengetahuan dan aplikasi. Selain itu, hanya satu" soalan KBAT dikemukakan.
Soalan kebanyakannya adalah pada aras pengetahuan dan aplikasi. Selain itu, hanya satu" soalan KBAT dikemukakan.
BAHAGIAN B
(30 markah)
Sebanyak 5 soalan dikemukakan dan setiap soalan pula
terdapat subsoalan. Jika dibandingkan dengan set soalan contoh yang dikemukakan
oleh pihak Lembaga Peperiksaan pada awal tahun 2016, memang jelas
terdapat kelainan yang ketara.
Berikut ialah topik Kemahiran Sistem
Bahasa dan Petikan bagi Bahagian B pada tahun 2016:
No. Soalan
|
Sistem Bahasa/Petikan
|
21(a)
(i) dan (ii) [2 markah]
|
Kata ganda
(Menandakan (/) bagi kata ganda yang
betul)
|
21(b)
(i), (ii), (iii), (iv) [2 markah]
|
Kata kerja
(Memadankan perkataan yang sesuai
berdasarkan ayat yang diberikan)
|
21(c)
(i) dan (ii) [2 markah]
|
Kata kerja
(Menggarisi jawapan yang sesuai bagi
ayat yang diberikan)
|
22
[5 markah]
|
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif
Petikan e-mel
(Memilih perkataan yang sesuai untuk
diisi pada tempat kosong dalam petikan)
|
23
(a), (b), (c) [6 markah]
|
Jadual Perjalanan Kereta Api
3 soalan Pemahaman (Menuliskan jawapan
yang lengkap)
|
24
(a), (b), (c) [7 markah]
|
Petikan Cerita
3 soalan Pemahaman (Menuliskan jawapan
yang lengkap) (Menandakan (/) dan (X))
|
25
(a), (b), (c), (d) [6 markah]
|
Petikan Iklan Pertandingan Reka Cipta
4 soalan Pemahaman
(Menjawab soalan dengan menggunakan
ayat yang lengkap)
|
Terdapat beberapa soalan KBAT dikemukakan
dalam Bahagian B.
Bagi soalan berbentuk petikan, soalan KBAT bertanyakan tentang pendapat.
Di sini, calon perlu memberikan pendapat, pandangan atau idea yang bernas, logik dan bertepatan dengan petikan yang dikemukakan.

No comments:
Post a Comment