Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Monday, 7 November 2016

UPSR/KSSR Bahasa Melayu (Penulisan)

Bahagian A dan Bahagian B
Bahagian A
Latihan 1
Gambar di bawah menunjukkan suasana di dusun datuk.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.


Jawapan:
Amin berjalan ke arah datuknya sambil menjinjing dua biji durian yang dikutip di bawah pangkal pokok.
Datuk Amin sedang memilih buah durian yang dikumpul lalu dimasukkan ke dalam bakul untuk dijual.
Nenek menyapu daun-daun kering di tepi pondok untuk dibakar.
Bapa menjolok buah manggis yang sudah masak dengan menggunakan sebatang galah manakala adik mengutip buah manggis yang terdapat di bawah pokok.
Abang memanjat pokok rambutan untuk memetik buah rambutan yang sudah masak.


Latihan 2
Gambar di bawah menunjukkan suasana ketika Majlis Anugerah Kecemerlangan. 
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.                                            

Jawapan
Beberapa orang penduduk taman perumahan sedang sibuk mengutip sampah yang bersepah di sebuah taman permainan kanak-kanak.
Seorang wanita sedang memasukkan sampah yang telah dilonggokkan ke dalam karung plastik sampah.
Seorang lelaki berjalan ke arah lori pengangkut sampah sambil menjinjing dua buah karung plastik sampah untuk dibuang.
Empat orang lelaki sedang mengangkat sebuah peti sejuk yang buruk untuk dibuang ke dalam lori.
Dua orang wanita menyapu tepi jalan manakala dua orang lelaki pula sedang menebas semak samun yang berdekatan.

Latihan 3
Gambar di bawah menunjukkan suasana bergotong-royong di taman perumahan. 
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

























Jawapan
Murid-murid yang dipilih atas kecemerlangan dalam pelajaran dan kokurikulum sedang beratur di dalam dewan untuk menerima hadiah mereka.
Murid-murid yang lain duduk di dalam dewan bersama- sama ibu bapa yang hadir.
Beberapa orang guru kelihatan sibuk menguruskan majlis yang akan berlangsung.
Guru Besar sekolah tersebut sedang memanjat tangga dewan untuk menyampaikan ucapan.
Para ibu bapa yang membawa kamera sedang berdiri di tepi dewan kerana menunggu untuk merakam gambar anak masing-masing.

Bahagian B
Latihan 1
Maklumat di bawah menunjukkan iklan Pameran Inovasi Pelajar 2016.
Tulis ulasan kamu berdasarkan maklumat yang diberikan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Pameran Inovasi Murid 2016
Tarikh: 7 November hingga 11 November 2016
Masa: 9.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Tingkat l, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.
>Pelbagai ciptaan yang menarik.
>Pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah.
>Ibu bapa murid dijemput hadir untuk melihat pelbagai ciptaan.

Contoh Jawapan
Pameran Inovasi Pelajar 2016 akan berlangsung selama I lima hari yang bermula dari 7 hingga 11 November 2016. Pameran ini bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang di Tingkat 1, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Pelbagai ciptaan yang menarik dipamerkan. Selain itu, para pengunjung berpeluang memenangi cabutan bertuah. Hadiah yang ditawarkan agak lumayan. Para ibu bapa murid dijemput mengunjungi pameran tersebut.

Latihan 2
Maklumat di bawah menunjukkan tentang cara-cara menyelamatkan pokok. Tulis ulasan kamu berdasarkan maklumat yang diberikan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Cara Selamatkan Pokok:
Guna  email
Kurangkan kertas
Kertas lama dikitar semula

Contoh Jawapan
Kertas dihasilkan daripada pokok. Pokok di hutan ditebang untuk diproses menjadi kertas. Semakin banyak kertas digunakan, semakin banyak pokok yang perlu ditebang. Pelbagai cara kita boleh menyelamatkan pokok dengan mengurangkan penggunaan kertas. Kita haruslah menggunakan kedua-dua belah kertas bagi menggelakkan pembaziran. Selain itu, kita boleh menghantar maklumat atau dokumen secara dalam talian seperti e-mel. Di samping itu, amalan mengitar semula kertas berupaya mengurangkan penebangan pokok.

Latihan 3
Gambar di bawah menunjukkan cara-cara menjaga kemudahan awam.
Tulis ulasan kamu berdasarkan maklumat yang diberikan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

JAGALAH KEMUDAHAN AWAM


























Contoh Jawapan
Kemudahan awam yangdisediakan oleh pihak kerajaan adalah untuk kegunaan orang ramai. Antara kemudahan yang banyak terdapat di tempat awam ialah pondok telefon awam, pondok perhentian bas dan tandas awam. Kita hendaklah menggunakan telefon awam yang disediakan dengan cermat agar sentiasa dalam keadaan baik apabila diperlukan. Selain itu, kita juga haruslah memastikan dinding pondok perhentian bas tidak diconteng agar kelihatan indah. Di samping itu, kebersihan tandas awam mestilah dijaga bersama-sama supaya orang ramai dapat menggunakannya dengan selesa.

No comments:

Post a Comment